ETIQA MEMBUAT KERJA AMAL DI LUAR NEGERI

ETIQA MEMBUAT KERJA AMAL DI LUAR NEGERI
Staf Etiqa Taqaful yang mengikuti program Kembara Insaf di bumi Kemboja menyumbangkan sumbangan material kepada Madrasah Darul Naim di Kg Kopram Kompong Cham.

Kami Tidak Punya Nama Dan Berkerja Bukan Untuk Nama

Kami Tidak Punya Nama Dan Berkerja Bukan Untuk Nama
Anak-anak Melayu Champa daripada daerah yang terpinggir ini tidak bersekolah secara formal. Ibu bapa mereka tidak mampu untuk menyekolahkan mereka. Mereka hidup dengan cara yang 'simple' kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Melihat miliu kehidupan mereka benar-benar menyentuh perasaan. Meraka tidak kenal air paip, televisyen, radio, telefon bimbit, kereta, pakaian cantik, rumah besar, saham, wawasan dan masa depan. Tidak ada klinik di kampung mereka. Tidak ada balai raya. Ada 300 buah rumah di Kg Krapram dalam wilayah Kompong Cham dan penduduknya sekitar 1,000 orang. Surau yang belum ada daun pintu ini adalah sumbangan Muslim Malaysia. Hj Ramli (berbaju biru) dan Hj Rashid (di belakang) bersama anak-anak Kemboja.

Monday, March 29

Apakah Masa Depan Anak-anak Muslim Melayu Champa Ini?








"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu merubah nasib mereka sendiri." al-ayah. Mungkin mereka tidak mampu merubah nasib diri mereka. Tetapi kita mungkin boleh menolong untuk berfikir untuk merubah mereka. Pendidik seperti Puan Rahazana bt Rahmat mungkin boleh memikirkannya.

4 comments:


  1. salam.

    Membantu saudara seislam adalah banyak pahala.

    Prihatin dengan saudara seislam adalah berpahala.

    Namun janganlah ambil kesempatan untuk mencari isteri-isteri muda di Kemboja...

    kasihanilah mereka..kerana dijadikan hamba ,bukan isteri.

    Isteri adalah teman setia,bukan teman seberapa malam dalam setahun..

    Mereka sudahlah miskin,usah ditambah dengan penderitaan..

    Mereka adalah wanita,yang ada perasaan dan harga diri,bukan hamba seks lelaki-lelaki yang kononnya mahu membantu mereka,namun terselindung dengan niat menjadikan gadis2 muda sbg ratapan seks...

    Jika benar ikhlas,kahwinilah janda-janda dan ibu tunggal di Malaysia.Bantulah mereka,seagama dan senegara..

    Kahwinilah gadis2 Somalia yang lebih miskin dan hitam legam...

    Insaflah anak Malaysia.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saalaam Semua
      Saya adalah anak Banjar Malaysia yang bekerja dan menetap di Kemboja. Kerana tinggal di sini saya selalu ke Masjid di kampong orang Islam. Pilu hati saya bila ada ayah ayah dan ibu ibu bertanya khabar pasal menantu yang hilang. Ye benar insaf la wahai sedara sedara Islam Malaysia....please wanita wanita Islam Kemboja atau Urang Cham ada perasaan dan hati...

      Insaflah anak Malaysia... jangan bertopeng di sebalik kopiah dan alasan se-islam untuk menghancurkan hati dan perasaan wanita wanita di sini....

      Wallahuallam...

      Delete
  2. Mungkin ada yg berlaku tetapi mungkin jumlah nya kecil

    ReplyDelete
  3. Mungkin ada yg berlaku tetapi mungkin jumlah nya kecil

    ReplyDelete