Mafhum daripada hadis Nabi s.a.w. " Apabila mati anak Adam maka putuslah amalannya, kecuali sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh."
Masjid untuk penduduk dan murid-murid Madrasah An-Naim ini masih di peringkat pembinaan dan perlukan dana untuk menyiapkannya. Untuk mengharapkan warga Kg Krapram yang serba kekurangan tentulah membebankan.
Masjid ini sekurang-kurangnya memerlukan 300 ribu USD untuk menyiapkannya. Infakkanlah harta saudara untuk jalan Allah. Kepada warga Malaysia yang berhasrat untuk menyumbangkan bantuan material dan meringankan beban menguruskan madrasah silalah hubungi Ustaz Saari (019-2664662)atau Hj Zulkifli Said (019-2617187).
salam brader RAR, terima kasih atau usaha brader mengwujudkan blog ini. saya membuat keputusan yg betul mengajak brader meninjau kehidupan melayu campa islam yg serba daif. moga bolg ini dapat membantu kita dalam usaha utk membantu saudara-saudara se islam dng kita. saya masih berpendapat kita harus membantu mereka bukan sahaja ilmu akhirat tetapi juga ilmu duniawi supaya mereka boleh hidup di negara mereka dan dapat keluar dari kepompong kemiskinan. zms187
ReplyDeletekeutamaan kita kini ialah mengumpulkan dana supaya mesjid ini siap sebelum ramadhan. ada idea bagaimana hendak mengumpulkan dana, kita hanya ada 5 bulan sahaja lagi....
ReplyDelete