Melihat anak-anak Muslim Melayu Champa di Kemboja ini dengan pakaian yang lusuh menggamit jutaan simpati. Ramai yang tidak berbaju kerana ibu bapa mereka tidak mampu untuk membelikan mereka pakaian.
Perjalanan ke Kemboja untuk mendekati masyarakat Muslim Kemboja yang daif adalah sebuah perjalanan untuk muhasabah diri. Di Malaysia kita duduk di rumah banglo, semi-D, rumah teres, di Kg Krapram mereka tinggal dalam rumah yang buruk.
Di Malaysia kita menaiki Pajero, BMW, Mertz, di Kemboja mereka berjalan kaki, menaiki basikal atau motorsikal.
Di Malaysia kita ada breakfast, 10 o'clock break, lunch, minum petang, makan malam dan supper, di Kemboja kalau mereka boleh makan tengah hari dan makan malam sudah cukup bagus.
Mereka mungkin miskin. Tetapi hati mereka mungkin lebih tenang daripada kita yang dikelilingi kemewahan.
Perjalanan ini adalah untuk muhasabah diri. Apakah kita cukup bersyukur. Taat melaksanakan solat. Berdoa kepada Allah. Mengharap kepada Allah. Tidak putus daripada rahmat Allah.
Kita mampu untuk ke sana ke mari. Kita mampu untuk ke Mekah ada yang berkali-kali. Tetapi cuba kita lihat saudara-saudara kita di Kemboja. Perjalanan ini benar-benar menginsafkan diri.
Salam, haji...alhamdullah sedikit sebanyak laporan disana. Satu pesanan yang penuh bermakna. Jika hari ini kita dihidangkan dengan pelbagai juadah makanan, kita kena fikir mereka yang sama hidup disana dengan keadaan kebuluran dan daif. SubbahanaAllah..
ReplyDeletesoalan biasa yang di tanya pada saya, mengapa kemboja sedangkan di negara kita pun ramai yang miskin. saya jawab kalau di malaysia ada yg sedemikian saya salahkan pemimpin masyarakat yg tidak menjalankan amanah ALLAH. sedangkan di sana ia bukan negara islam, mereka tidak peduli. ada pendakwah kristian membena pusat mereka di kg berhampiran dng ungkapan ` u need something, come see me'. kita islam bagaimana ?
ReplyDeleteanak-anak ini menunggu ketibaan mereka yg prihatin. kedaifan mereka menjadi keinsafan kami...
ReplyDelete