ETIQA MEMBUAT KERJA AMAL DI LUAR NEGERI

ETIQA MEMBUAT KERJA AMAL DI LUAR NEGERI
Staf Etiqa Taqaful yang mengikuti program Kembara Insaf di bumi Kemboja menyumbangkan sumbangan material kepada Madrasah Darul Naim di Kg Kopram Kompong Cham.

Kami Tidak Punya Nama Dan Berkerja Bukan Untuk Nama

Kami Tidak Punya Nama Dan Berkerja Bukan Untuk Nama
Anak-anak Melayu Champa daripada daerah yang terpinggir ini tidak bersekolah secara formal. Ibu bapa mereka tidak mampu untuk menyekolahkan mereka. Mereka hidup dengan cara yang 'simple' kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Melihat miliu kehidupan mereka benar-benar menyentuh perasaan. Meraka tidak kenal air paip, televisyen, radio, telefon bimbit, kereta, pakaian cantik, rumah besar, saham, wawasan dan masa depan. Tidak ada klinik di kampung mereka. Tidak ada balai raya. Ada 300 buah rumah di Kg Krapram dalam wilayah Kompong Cham dan penduduknya sekitar 1,000 orang. Surau yang belum ada daun pintu ini adalah sumbangan Muslim Malaysia. Hj Ramli (berbaju biru) dan Hj Rashid (di belakang) bersama anak-anak Kemboja.

Friday, April 2

Mashaf Al-Quran Rasm Usmani untuk Madrasah Darul-Naim


Anak-anak murid Madrasah Darul-Naim ini gembira dengan ole-ole daripada Malaysia. Quran Rasm Usmani. Semoga ujroh amal jariah ini akan berterusan selagi al-Quran tersebut digunakan sepanjang zaman.

2 comments:

  1. alquran ini adalah sumbangan sahabatx di malaysia yg tidak mahu nama mereka di sebut, nilai alquran ini ialah rm10 tetapi ganjarannya di akhirat hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya.

    ReplyDelete
  2. Alhmdulillah...semoga Allah gandakan pahala,amin.

    ReplyDelete