ETIQA MEMBUAT KERJA AMAL DI LUAR NEGERI

ETIQA MEMBUAT KERJA AMAL DI LUAR NEGERI
Staf Etiqa Taqaful yang mengikuti program Kembara Insaf di bumi Kemboja menyumbangkan sumbangan material kepada Madrasah Darul Naim di Kg Kopram Kompong Cham.

Kami Tidak Punya Nama Dan Berkerja Bukan Untuk Nama

Kami Tidak Punya Nama Dan Berkerja Bukan Untuk Nama
Anak-anak Melayu Champa daripada daerah yang terpinggir ini tidak bersekolah secara formal. Ibu bapa mereka tidak mampu untuk menyekolahkan mereka. Mereka hidup dengan cara yang 'simple' kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Melihat miliu kehidupan mereka benar-benar menyentuh perasaan. Meraka tidak kenal air paip, televisyen, radio, telefon bimbit, kereta, pakaian cantik, rumah besar, saham, wawasan dan masa depan. Tidak ada klinik di kampung mereka. Tidak ada balai raya. Ada 300 buah rumah di Kg Krapram dalam wilayah Kompong Cham dan penduduknya sekitar 1,000 orang. Surau yang belum ada daun pintu ini adalah sumbangan Muslim Malaysia. Hj Ramli (berbaju biru) dan Hj Rashid (di belakang) bersama anak-anak Kemboja.

Friday, March 26

Ruwaida 5 Yang Keletah




Anak Haji Zulkifli, Ruwaida yang baru berusia 5 tahun sungguh keletah. Pandai menguruskan kamera. Ziarah pertama setibanya di Phnom Penh adalah Masjid Pakistan. Semua telah solat jamak di Kuala Lumpur. Menunaikan solat sunnat menghormati Masjid. Wajah Hj Ramli di dalam masjid dirakamkan oleh Ruwaida. Bukan main banyak tanya. "Kenapa pakai baju raya ni?" tanya Ruhaida pada Hj Ramli semasa dalam perjalanan ke Kg Krapram Kompong Cham semasa di dalam van Mertz.

"Jangan panggil UNCLE, panggil ATUK," Hj Ramli mengusik Ruwaida.

"Aida" nama timang-timangan Ruwaida.

3 comments:

  1. Salam Haji.
    seorang nak yang pintar...
    Doa musafir yang mustajap...insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. ruwaida atau nama manja aida adalah produk afats/stf. keletah sebab bapa app kpl dan ibu pensyarah. tapi kesian bapa dah berumur 55 tahun dia baru 5 tahun. tidak tahulah berapa lama lagi dia dapat belaian kasih dari bapanya. itulah bahananya kahwin lewat, he,he...

    ReplyDelete
  3. Br Haji Rashid tanya macam mana "Aida" familiar dg RAR. Saya jawab br Zul bawa ke rumah RAR masa raya. "Oh patutlah macam dah kenal lama" kata Hj Rashid. Aida memang peramah emmmmmm....

    ReplyDelete