ETIQA MEMBUAT KERJA AMAL DI LUAR NEGERI

ETIQA MEMBUAT KERJA AMAL DI LUAR NEGERI
Staf Etiqa Taqaful yang mengikuti program Kembara Insaf di bumi Kemboja menyumbangkan sumbangan material kepada Madrasah Darul Naim di Kg Kopram Kompong Cham.

Kami Tidak Punya Nama Dan Berkerja Bukan Untuk Nama

Kami Tidak Punya Nama Dan Berkerja Bukan Untuk Nama
Anak-anak Melayu Champa daripada daerah yang terpinggir ini tidak bersekolah secara formal. Ibu bapa mereka tidak mampu untuk menyekolahkan mereka. Mereka hidup dengan cara yang 'simple' kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Melihat miliu kehidupan mereka benar-benar menyentuh perasaan. Meraka tidak kenal air paip, televisyen, radio, telefon bimbit, kereta, pakaian cantik, rumah besar, saham, wawasan dan masa depan. Tidak ada klinik di kampung mereka. Tidak ada balai raya. Ada 300 buah rumah di Kg Krapram dalam wilayah Kompong Cham dan penduduknya sekitar 1,000 orang. Surau yang belum ada daun pintu ini adalah sumbangan Muslim Malaysia. Hj Ramli (berbaju biru) dan Hj Rashid (di belakang) bersama anak-anak Kemboja.

Sunday, March 28

Perjalanan Untuk Muhasabah Diri



Melihat anak-anak Muslim Melayu Champa di Kemboja ini dengan pakaian yang lusuh menggamit jutaan simpati. Ramai yang tidak berbaju kerana ibu bapa mereka tidak mampu untuk membelikan mereka pakaian.

Perjalanan ke Kemboja untuk mendekati masyarakat Muslim Kemboja yang daif adalah sebuah perjalanan untuk muhasabah diri. Di Malaysia kita duduk di rumah banglo, semi-D, rumah teres, di Kg Krapram mereka tinggal dalam rumah yang buruk.

Di Malaysia kita menaiki Pajero, BMW, Mertz, di Kemboja mereka berjalan kaki, menaiki basikal atau motorsikal.

Di Malaysia kita ada breakfast, 10 o'clock break, lunch, minum petang, makan malam dan supper, di Kemboja kalau mereka boleh makan tengah hari dan makan malam sudah cukup bagus.

Mereka mungkin miskin. Tetapi hati mereka mungkin lebih tenang daripada kita yang dikelilingi kemewahan.

Perjalanan ini adalah untuk muhasabah diri. Apakah kita cukup bersyukur. Taat melaksanakan solat. Berdoa kepada Allah. Mengharap kepada Allah. Tidak putus daripada rahmat Allah.

Kita mampu untuk ke sana ke mari. Kita mampu untuk ke Mekah ada yang berkali-kali. Tetapi cuba kita lihat saudara-saudara kita di Kemboja. Perjalanan ini benar-benar menginsafkan diri.

3 comments:

  1. Salam, haji...alhamdullah sedikit sebanyak laporan disana. Satu pesanan yang penuh bermakna. Jika hari ini kita dihidangkan dengan pelbagai juadah makanan, kita kena fikir mereka yang sama hidup disana dengan keadaan kebuluran dan daif. SubbahanaAllah..

    ReplyDelete
  2. soalan biasa yang di tanya pada saya, mengapa kemboja sedangkan di negara kita pun ramai yang miskin. saya jawab kalau di malaysia ada yg sedemikian saya salahkan pemimpin masyarakat yg tidak menjalankan amanah ALLAH. sedangkan di sana ia bukan negara islam, mereka tidak peduli. ada pendakwah kristian membena pusat mereka di kg berhampiran dng ungkapan ` u need something, come see me'. kita islam bagaimana ?

    ReplyDelete
  3. anak-anak ini menunggu ketibaan mereka yg prihatin. kedaifan mereka menjadi keinsafan kami...

    ReplyDelete