ETIQA MEMBUAT KERJA AMAL DI LUAR NEGERI

ETIQA MEMBUAT KERJA AMAL DI LUAR NEGERI
Staf Etiqa Taqaful yang mengikuti program Kembara Insaf di bumi Kemboja menyumbangkan sumbangan material kepada Madrasah Darul Naim di Kg Kopram Kompong Cham.

Kami Tidak Punya Nama Dan Berkerja Bukan Untuk Nama

Kami Tidak Punya Nama Dan Berkerja Bukan Untuk Nama
Anak-anak Melayu Champa daripada daerah yang terpinggir ini tidak bersekolah secara formal. Ibu bapa mereka tidak mampu untuk menyekolahkan mereka. Mereka hidup dengan cara yang 'simple' kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Melihat miliu kehidupan mereka benar-benar menyentuh perasaan. Meraka tidak kenal air paip, televisyen, radio, telefon bimbit, kereta, pakaian cantik, rumah besar, saham, wawasan dan masa depan. Tidak ada klinik di kampung mereka. Tidak ada balai raya. Ada 300 buah rumah di Kg Krapram dalam wilayah Kompong Cham dan penduduknya sekitar 1,000 orang. Surau yang belum ada daun pintu ini adalah sumbangan Muslim Malaysia. Hj Ramli (berbaju biru) dan Hj Rashid (di belakang) bersama anak-anak Kemboja.

Monday, August 23

AFATS sumbangkan RM2272




Bekas penuntut Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera (AFATS/SPPTD) telah menyumbangkan RM2272 kepada ustaz Salleh untuk pembinaan Masjid Kg Krapram di Kompong Cham Kemboja, semasa majlis berbuka puasa di Rejimen 515 Askar Wataniah di Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2010.

3 comments:

  1. lihatlah apa bezanya ust soleh dari segi paras rupa ? itu menunjukkan kita serumpun. kalau kita tidak bantu sesama islam siapa lagi ? lihat apa yg berlaku di filipina dan sepanyol.
    ust soleh itu memakai baju yg sama semasa saya melawat kb beliau. tiadakah antara kita ingin menyumbang pada beliau ?

    ReplyDelete
  2. Semoga lebih ramai para dermawan menyumbang demi membangunkan umat islam di negara mereka menjadi minoriti...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah. semoga apa yang kita kerjakan di rahmati Allah swt.Amin

    ReplyDelete