ETIQA MEMBUAT KERJA AMAL DI LUAR NEGERI

ETIQA MEMBUAT KERJA AMAL DI LUAR NEGERI
Staf Etiqa Taqaful yang mengikuti program Kembara Insaf di bumi Kemboja menyumbangkan sumbangan material kepada Madrasah Darul Naim di Kg Kopram Kompong Cham.

Kami Tidak Punya Nama Dan Berkerja Bukan Untuk Nama

Kami Tidak Punya Nama Dan Berkerja Bukan Untuk Nama
Anak-anak Melayu Champa daripada daerah yang terpinggir ini tidak bersekolah secara formal. Ibu bapa mereka tidak mampu untuk menyekolahkan mereka. Mereka hidup dengan cara yang 'simple' kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Melihat miliu kehidupan mereka benar-benar menyentuh perasaan. Meraka tidak kenal air paip, televisyen, radio, telefon bimbit, kereta, pakaian cantik, rumah besar, saham, wawasan dan masa depan. Tidak ada klinik di kampung mereka. Tidak ada balai raya. Ada 300 buah rumah di Kg Krapram dalam wilayah Kompong Cham dan penduduknya sekitar 1,000 orang. Surau yang belum ada daun pintu ini adalah sumbangan Muslim Malaysia. Hj Ramli (berbaju biru) dan Hj Rashid (di belakang) bersama anak-anak Kemboja.

Tuesday, May 11

Misi Kemboja Menarik Minat SINAR HARIAN



Blog Misi Insaf Muslim Kemboja telah menarik minat akhbar Sinar Harian untuk mendapat gambaran misi dan visi program ukhuwah dan kemanusiaan ke Kemboja. Editor Rencana Sinar Harian Darina Osman berkunjung ke rumah Haji Ramli Abdul Rahim pada 11 Mei 2010 untuk sesi temubual bagi kolum Rehal edisi Jumaat akhbar berkenaan.

2 comments:

  1. Salam tuan haji...Allhamdullah peningkatan yang baik utk mendapat sambutan lagi demi membantu dan membina anak2 islam Kemboja. Semoga usaha haji menjadi bekalan dan di rahmati Allah. Sama2 kita dokan semoga ia kekal abadi, dan bukan setakat generasi sekarang sahaja, tetapi ia akan diwarisi. InsyaAllah ana cuba tgk paper Sinar friday nanti.
    JazakaAllah khi.

    ReplyDelete
  2. salam uncle,

    tahniah utk semua dan utk uncle terutamanya! mudah2an Allah merahmati sgl2nya! amin!

    ReplyDelete