ETIQA MEMBUAT KERJA AMAL DI LUAR NEGERI

ETIQA MEMBUAT KERJA AMAL DI LUAR NEGERI
Staf Etiqa Taqaful yang mengikuti program Kembara Insaf di bumi Kemboja menyumbangkan sumbangan material kepada Madrasah Darul Naim di Kg Kopram Kompong Cham.

Kami Tidak Punya Nama Dan Berkerja Bukan Untuk Nama

Kami Tidak Punya Nama Dan Berkerja Bukan Untuk Nama
Anak-anak Melayu Champa daripada daerah yang terpinggir ini tidak bersekolah secara formal. Ibu bapa mereka tidak mampu untuk menyekolahkan mereka. Mereka hidup dengan cara yang 'simple' kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Melihat miliu kehidupan mereka benar-benar menyentuh perasaan. Meraka tidak kenal air paip, televisyen, radio, telefon bimbit, kereta, pakaian cantik, rumah besar, saham, wawasan dan masa depan. Tidak ada klinik di kampung mereka. Tidak ada balai raya. Ada 300 buah rumah di Kg Krapram dalam wilayah Kompong Cham dan penduduknya sekitar 1,000 orang. Surau yang belum ada daun pintu ini adalah sumbangan Muslim Malaysia. Hj Ramli (berbaju biru) dan Hj Rashid (di belakang) bersama anak-anak Kemboja.

Monday, May 17

Misi Kemboja di Sinar Harian



Kolum Rehal Sinar Harian 14 Mei 2010

4 comments:

  1. Salamatan wa tahiyyatan

    Semoga usaha ini membuahkan hasil, di pandang Allah dan dirahmati segalanya.

    JazakaAllah

    ReplyDelete
  2. dalam beramal membantu usaha murni ini ramai antara kawan kita hanya memerhati sahaja....

    ReplyDelete
  3. assallamualaikum...syukur alhamdulillah , muga akhlak yg terpuji mewarnai wangian ini .

    ReplyDelete
  4. salam.

    Membantu saudara seislam adalah banyak pahala.

    Prihatin dengan saudara seislam adalah berpahala.

    Namun janganlah ambil kesempatan untuk mencari isteri-isteri muda di Kemboja...

    kasihanilah mereka..kerana dijadikan hamba ,bukan isteri.

    Isteri adalah teman setia,bukan teman seberapa malam dalam setahun..

    Mereka sudahlah miskin,usah ditambah dengan penderitaan..

    Mereka adalah wanita,yang ada perasaan dan harga diri,bukan hamba seks lelaki-lelaki yang kononnya mahu membantu mereka,namun terselindung dengan niat menjadikan gadis2 muda sbg ratapan seks...

    Jika benar ikhlas,kahwinilah janda-janda dan ibu tunggal di Malaysia.Bantulah mereka,seagama dan senegara..

    Kahwinilah gadis2 Somalia yang lebih miskin dan hitam legam...

    Insaflah anak Malaysia.....

    ReplyDelete